- Gambar Hiasan - |
Syukur, Alhamdulillah....
Kerana diberikan kekuatan, hidayah & bantuan dari Allah SWT....
Sejak kebelakangan ini dapat banyak masa boleh diluangkan untuk belajar & post blog..
kalau sebelum ini, baru buka "dashboard" dah kena panggil boss, tidak pun orang laen yang panggil..
Huhuhu.. Tapi, abah selalu pesan buat kerja dengan ikhlas... Tanggungjawab kena jaga..
Walaupun abah suruh aku keluar dari MPP banyak kali, pada masa yang sama dia jugak bagi motivasi kat aku...
Sayang Ibu & Abah sangat-sangat....
Untuk hari ini, rasa bersyukur yang tidak terhingga.. sehinggakan balik pejabat, terus ambik air wudhu' untuk buat sujud syukur.. Ini kerana semua urusan yang aku lakukan dipermudahkan oleh Allah SWT..
Bila kita berikan komitmen kepada banyak perkara, ada perkara yang perlu dikorbankan..
bila kita terima satu tanggungjawab, sebahagian dari diri kita perlu dikorbankan..
setiap pengorbanan yang dilakukan.. Allah balas dengan ganjaran yang pelbagai bentuk...
- Gambar Hiasan - |
Sepanjang aku jadi MPP, aku mengalami masalah dalam untuk membahagikan masa untuk belajar & kerja..
Tak tahulah kenapa semester 5 ni tak boleh nak seimbangkan belajar & kerja...
HuHuHuHu... Sedih jugak bila fikirkan pelajaran aku... Sangat Sedih..
tetapi dengan berkat Allah SWT, aku mendapat kekuatan untuk berjumpa dengan pensyarah-pensyarah..
ku nyatakan masalah aku.. ku ceritakan segala-galanya kepayahan aku...
dah hasilnya.. Pensyarah beri nasihat & dorongan kepada aku...
Mereka memberikan Kelas Intensif kepada aku... Alangkah bahagianya hatiku...
Terima Kasih Guru-guruku... =)
Ucapan sekadar Terima Kasih... X cukup ku ungkapkan... Budi & Jasamu akan aku kenang sentiasa..
Pengajaran dalam hidup ini mmemang perit, seperti biasa ada perit, ada manis nya..
Sampai sini sahaja la post utk hari ini.. Syukur dikurniakan kesihatan..
Sehingga kita berjumpa lagi...
Salam & Bye3... =)