@DOMO-PRINCIPLE@

People Change, Time's Change, And it Will Always Keep Changing.. As the fact, Every Living Things In This Earth Change.. It's Nature!!

Friday, November 12, 2010

Future Generation...

Assalamualaikum...

Post untuk hari ini kita jadi formal sedikit.. Ahahah.. =)

1. Untuk makluman, saya merupakan seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah institusi pengajian tinggi yang merupakan sebuah Universiti Bumiputra yang terkenal iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), di cawangan Terengganu. Setelah setahun saya menjadi MPP, pelbagai ilmu dan pengalaman telah saya hadapi dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Setelah bersusah payah membetulkan haluan dan pembangunan sosial dalam UiTM ini, seseorang itu mesti akan berpuas hati dengan kerjanya dan akan sentiasa melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Ini kerana, mereka ingin menyediakan satu suasana yang lebih baik untuk generasi masa hadapan seperti seorang saintis yang mencipta pelbagai teknologi untuk membantu manusia.

2. Tetapi, setiap perkara dan benda yang hidup itu hanya mempunyai masa yang pendek sahaja dan itu semua bergantung kepada Allah S.W.T sama ada hayat kita di dunia ini panjang atau pendek. Saya aplikasikan pada diri saya dimana, apabila jawatan saya sebagai MPP hanyalah setahun sahaja, dan saya merasa risau beberapa perkara yang bermain di dalam fikiran saya. Ini disebabkan saya akan meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada orang yang lebih sesuai untuk memimpin pelajar-pelajar di Universiti ini. Sebenarnya, perkara ini yang membimbangkan saya dan rakan-rakan seperjuangan saya. Adakah mereka sesuai? Adakah mereka berkemampuan? Adakah mereka itu orang yang berfikiran matang?.

3. Di sini, timbul persoalan generasi masa hadapan yang akan menggantikan tempat kita untuk meneruskan perjuangan yang telah kita perjuangkan. Saya dan rakan-rakan telah melihat situasi dan karenah pelajar-pelajar yang berlaku di dalam Institusi ini. Bukan untuk menjatuhkan martabat atau maruah orang melayu, tetapi kita perlu disedarkan dengan pelbagai perkara. Oleh itu, saya ingin memberi peringatan pada saya sendiri dan anda semua. Gejala sosial yang berlaku di kalamgan orang melayu amatlah merisaukan, di dada akhbar, internet, di ruang sosial, malah di perkatakan oleh orang ramai. Jadi, di mana pendirian kita untuk memilih calon yang sesuai untuk meneraju negara?. Adakah seorang calon yang tidak mempunyai nilai-nilai murni itu kita jadikan pemimpin?. Nescaya, negara itu akan musnah kerana sifat tirani yang menyusahkan rakyat malah ekonomi negara.

4. Generasi masa hadapan merupakan suatu aset yang penting dan perlu dibentuk dari lahir lagi. Seperti pepatah melayu mengatakan " Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya ". Mendidik seseorang itu menjadi insan yang berilmu dan beradab mestilah diasuh dari sejak kecil lagi. Oleh itu, pada zaman ini saya melihat manusia mementingkan pencapaian dari pembangunan insan seseorang. Kurangnya pengetahuan sejarah, dan pembentukan negara, selain itu, kita orang melayu merupakan beragama Islam perlu memberi bimbingan dan pemahaman agama islam itu sendiri kepada anak-anak dan adik-adik kita. Ini kerana agama Islam merupakan agama Allah S.W.T dan dalam islam itu sendiri bersifat seimbang ( Dunia & Duniawi). Saya bukanlah seorang ustaz malah seorang ilmuan, tetapi saya bercakap demi agama saya sendiri. Jadi, bila kita lihat kembali dengan realiti yang berlaku sekarang alangkah sedihnya hati saya dan hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu kesedihan hati saya melihat bangsa saya menjadi tidak beradab dan lupa pada akarnya.

-Gambar Hiasan-

5. Oleh itu, saya dan rakan-rakan percaya ada generasi yang lebih baik dari kami untuk meneruskan perjuangan kami disini malah lebih baik lagi dari kami. Saya juga berpendapat, mungkin beginilah rasanya fikiran seorang pemimpin yang ingin mengundurkan diri, tetapi saya tertanya bagaimana Tun Dr. Mahathir berfikir apabila beliau ingin melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri?. Betapa beratnya melepaskan sesuatu jawatan itu walaupun pada mulanya kita tidak mahu akan jawatan itu. Disebabkan hati yang ikhlas, kita dapat memegang jawatan yang berat dan beban di bahu kita. Baik dan buruk biarlah Malaikat di bahu kita tentukan, tetapi kita mestilah melakukan sesuatu perkara dengan sifat yang mahmudah, maka, kamu sekalian beringatlah dan jangan sekali-kali kamu pandang rendah pada seorang pemimpin itu. Sebaliknya, kamu bantu mereka memimpin sekali untuk mencapai satu kejayaan.

Perdana Menteri Malaysia, - Gambar Hiasan -
6. Secara kesimpulannya, pembentukan generasi masa hadapan perlu kita titik-beratkan dari mereka sejak kecil lagi. Mereka ini perlu didedahkan dengan pegetahuan sejarah dan agama untuk membentuk mereka menjadi seorang insan yang beradab. Dan, saya juga ingin memberi peringatan, janganlah kita terlalu mementingkan pencapaian kita dan adik-adik kita, tapi kita seimbangkan dengan pembangunan insan. Apabila, perkara ini seimbang maka lahirlah seorang insan yang berilmu, berfikiran matang, malah beradab dan merupakan calon untuk menyambung perjuangan generasi lama.

p/s : saya memohon maaf sekiranya pendapat saya ini menyinggung perasaan mana pembaca dan ini merupakan pendapat saya dari pembacaan pelbagai artikel dan rujukan saya sendiri. 

okay.. InsyaAllah, saya akan menmbah sebuah blog hanya untuk meluahkan pendapat saya ini..
Usaha untuk membuat blog telah berjalan, oleh itu, tunggu kemuncula dier erk.. Ahahahah.. =D

This post i dedicated to all of you;-

My Family,
My Friends &,
My One & Only.....

See You on Next Post!... =D

My BloG PicTure!

My BloG PicTure!