@DOMO-PRINCIPLE@

People Change, Time's Change, And it Will Always Keep Changing.. As the fact, Every Living Things In This Earth Change.. It's Nature!!

Thursday, November 4, 2010

My Wishlist ?

Assalamualaikum... 

Lama sudah tak tulis blog nih, macam2 nak tulis kalau diikutkan hati tapi penat la pulak.. 
Ok!! dalam post yang lepas kan aku ade cakap nak buat "WISH LIST", Oleh itu, hari ini terbuka pintu hati untuk menulis perkara2 yang diinginkan dalam hati dan kepala.. ahahah.. =)

Emh, banyak la jugak perkara2 ni... tapi kita "List" kan dulu erk..

  1. Camera Canon EOS D60
  2. Macbook Air/Pro
  3. Super Desktop Computer
  4. Super-bike / Yamaha 150Z tu ok la.. (X nak Besar Sgt)
  5. Kereta Idaman (Rahsia..)
  6. Black Sweater (Masih Mencari)
  7. Blackberry / HTC
  8. Jam Tangan Tag Huer ( Dulu Kena Curi ), Nak cari peganti...
  9. X-BOX 360 / PS3
  10. Rumah ( Banglo 1 Tingkat )
  11. Tanah / Sawah / Ladang Kelapa Sawit ( Nak Buat Asset )
  12. Belajar sampai peringkat PHD (InsyaAllah)..
  13. Kerja dengan Duta-Duta
  14. Melancong ke luar negara ( Nak tgk budaya & Sejarah diorg )
  15. Isteri yang Solehah
  16. Anak2 yang soleh & solehah ( x kisah sikit ke ramai )
  17. Pergi Buat Haji dengan Isteri tercinta..

Setakat ni 17 yang paling utama, yang lain x difikirkan lagi dalam kepala.. ehehehe.. =)
Sekali tengok balik, Fuhh.. Barang nak Branded jer... Tapi tu semua still kena usaha.. Banyak lagi cabaran kat depan ni... penuh dengan rintangan dan halangan.. Kena lompat semua tu dulu baru boleh dapat apa yang kita nak..
Hurm... Lagipun, setiap wish tu ade minat kita yang tersendiri..Contohnyer,  aku suka tangkap gambar.. bila aku rasa nak tangkap.. aku akan tangkap gambar tu secantik yang mungkin.. mcm scenery, benda yang sering berlaku sekeliling.. Ade one time tu feel rugi sangat cause x dapat tangkap moment that are very precious.. Hish.. sayangnyer la.. tapi, x per la.. maybe next time dapat simpan kot.. eheheh.. =)

Emh, bila kita minx isteri solehah.. First sekali, kita mestilah tunaikan tanggungjawab kita dulu kemudian usaha, kita doa.. Kita solat.. Mcm2 la.. bila dah dapat, insyaAllah.. dapat bina sebuah keluarga yang bahagia dapat anak2 yang soleh & Solehah lepas tu boleh la kongsi dengan ibu n abah.. Diorang pun dapat cucu yang baik2.. So, still Cuba cari calon tu, mungkin dah jumpa insyaAllah.. cuma berharap pada Allah S.W.T untuk buka pintu hati dia.. Eheheh.. =)  (ngada2 betol sayyid ni) aper la nak jadi...?,

Bila belajar ni kan.. macam2 kita dapat.. ilmu.. pengalaman.. sehinggakan takut dengan perkara yang kita tahu ni.. Contoh, Rahsia diri kita, kawan dan lain2 la... banyak sangat sampaikan rasa x nak tahu benda atau perkara tu.. yer la, Manusia ni ade baik & Buruk... Ade la batas2 perkara yang yang kita perlu patuhi.. kalau kita langgar... macam2 la perkara yang terjadi..

Ok!, buat mase ni.. saya nak usaha untuk mendapatkan Camera Canon EOS D60 & Macbook Pro ni dulu.. ahahah... Excited nyer la.. Tapi x per semangat untuk capai tu kena ada!! Meh kita tgk Gambar impian Si Sayyid ni erk.. Ehehehe...



Canon EOS D60
MacBook Pro


Yearp, itu la benda yang saya nak usahakan dulu... ahahaha... Yang lain tu, InsyaAllah sambil kita usaha dapat dikerjakan sekali.. ehehehe... Dah banyak sangat membebel ni... Haih..

Exam x habes lagi.. still on going.. So, Wish me luck k..
Ibu & Abah, i try untuk my exam sehabes yang mungkin...
Then, to my only special one.. I will do All My Best & btw, Make sure Ur day Full of Happiness!! =)

So, bye2.. See you all on next post..

My BloG PicTure!

My BloG PicTure!