@DOMO-PRINCIPLE@

People Change, Time's Change, And it Will Always Keep Changing.. As the fact, Every Living Things In This Earth Change.. It's Nature!!

Friday, November 12, 2010

Future Generation...

Assalamualaikum...

Post untuk hari ini kita jadi formal sedikit.. Ahahah.. =)

1. Untuk makluman, saya merupakan seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah institusi pengajian tinggi yang merupakan sebuah Universiti Bumiputra yang terkenal iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), di cawangan Terengganu. Setelah setahun saya menjadi MPP, pelbagai ilmu dan pengalaman telah saya hadapi dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Setelah bersusah payah membetulkan haluan dan pembangunan sosial dalam UiTM ini, seseorang itu mesti akan berpuas hati dengan kerjanya dan akan sentiasa melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Ini kerana, mereka ingin menyediakan satu suasana yang lebih baik untuk generasi masa hadapan seperti seorang saintis yang mencipta pelbagai teknologi untuk membantu manusia.

2. Tetapi, setiap perkara dan benda yang hidup itu hanya mempunyai masa yang pendek sahaja dan itu semua bergantung kepada Allah S.W.T sama ada hayat kita di dunia ini panjang atau pendek. Saya aplikasikan pada diri saya dimana, apabila jawatan saya sebagai MPP hanyalah setahun sahaja, dan saya merasa risau beberapa perkara yang bermain di dalam fikiran saya. Ini disebabkan saya akan meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada orang yang lebih sesuai untuk memimpin pelajar-pelajar di Universiti ini. Sebenarnya, perkara ini yang membimbangkan saya dan rakan-rakan seperjuangan saya. Adakah mereka sesuai? Adakah mereka berkemampuan? Adakah mereka itu orang yang berfikiran matang?.

3. Di sini, timbul persoalan generasi masa hadapan yang akan menggantikan tempat kita untuk meneruskan perjuangan yang telah kita perjuangkan. Saya dan rakan-rakan telah melihat situasi dan karenah pelajar-pelajar yang berlaku di dalam Institusi ini. Bukan untuk menjatuhkan martabat atau maruah orang melayu, tetapi kita perlu disedarkan dengan pelbagai perkara. Oleh itu, saya ingin memberi peringatan pada saya sendiri dan anda semua. Gejala sosial yang berlaku di kalamgan orang melayu amatlah merisaukan, di dada akhbar, internet, di ruang sosial, malah di perkatakan oleh orang ramai. Jadi, di mana pendirian kita untuk memilih calon yang sesuai untuk meneraju negara?. Adakah seorang calon yang tidak mempunyai nilai-nilai murni itu kita jadikan pemimpin?. Nescaya, negara itu akan musnah kerana sifat tirani yang menyusahkan rakyat malah ekonomi negara.

4. Generasi masa hadapan merupakan suatu aset yang penting dan perlu dibentuk dari lahir lagi. Seperti pepatah melayu mengatakan " Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya ". Mendidik seseorang itu menjadi insan yang berilmu dan beradab mestilah diasuh dari sejak kecil lagi. Oleh itu, pada zaman ini saya melihat manusia mementingkan pencapaian dari pembangunan insan seseorang. Kurangnya pengetahuan sejarah, dan pembentukan negara, selain itu, kita orang melayu merupakan beragama Islam perlu memberi bimbingan dan pemahaman agama islam itu sendiri kepada anak-anak dan adik-adik kita. Ini kerana agama Islam merupakan agama Allah S.W.T dan dalam islam itu sendiri bersifat seimbang ( Dunia & Duniawi). Saya bukanlah seorang ustaz malah seorang ilmuan, tetapi saya bercakap demi agama saya sendiri. Jadi, bila kita lihat kembali dengan realiti yang berlaku sekarang alangkah sedihnya hati saya dan hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu kesedihan hati saya melihat bangsa saya menjadi tidak beradab dan lupa pada akarnya.

-Gambar Hiasan-

5. Oleh itu, saya dan rakan-rakan percaya ada generasi yang lebih baik dari kami untuk meneruskan perjuangan kami disini malah lebih baik lagi dari kami. Saya juga berpendapat, mungkin beginilah rasanya fikiran seorang pemimpin yang ingin mengundurkan diri, tetapi saya tertanya bagaimana Tun Dr. Mahathir berfikir apabila beliau ingin melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri?. Betapa beratnya melepaskan sesuatu jawatan itu walaupun pada mulanya kita tidak mahu akan jawatan itu. Disebabkan hati yang ikhlas, kita dapat memegang jawatan yang berat dan beban di bahu kita. Baik dan buruk biarlah Malaikat di bahu kita tentukan, tetapi kita mestilah melakukan sesuatu perkara dengan sifat yang mahmudah, maka, kamu sekalian beringatlah dan jangan sekali-kali kamu pandang rendah pada seorang pemimpin itu. Sebaliknya, kamu bantu mereka memimpin sekali untuk mencapai satu kejayaan.

Perdana Menteri Malaysia, - Gambar Hiasan -
6. Secara kesimpulannya, pembentukan generasi masa hadapan perlu kita titik-beratkan dari mereka sejak kecil lagi. Mereka ini perlu didedahkan dengan pegetahuan sejarah dan agama untuk membentuk mereka menjadi seorang insan yang beradab. Dan, saya juga ingin memberi peringatan, janganlah kita terlalu mementingkan pencapaian kita dan adik-adik kita, tapi kita seimbangkan dengan pembangunan insan. Apabila, perkara ini seimbang maka lahirlah seorang insan yang berilmu, berfikiran matang, malah beradab dan merupakan calon untuk menyambung perjuangan generasi lama.

p/s : saya memohon maaf sekiranya pendapat saya ini menyinggung perasaan mana pembaca dan ini merupakan pendapat saya dari pembacaan pelbagai artikel dan rujukan saya sendiri. 

okay.. InsyaAllah, saya akan menmbah sebuah blog hanya untuk meluahkan pendapat saya ini..
Usaha untuk membuat blog telah berjalan, oleh itu, tunggu kemuncula dier erk.. Ahahahah.. =D

This post i dedicated to all of you;-

My Family,
My Friends &,
My One & Only.....

See You on Next Post!... =D

Monday, November 8, 2010

Mr. Hardworking & Mr. Lazy

Salam 1 Malaysia!! Yeargh I Love Malaysia!!

Ok... X mao jerit2 nanti ade org kater aku ni gila la plak.. Ahahahah..=D
Hari ni sangat Best & Sebab semalam agak Boring... Naper cakap mcm tu erk.. Ok..
Here it goes.. After paper hari tu.. Rase mcm hilang tenaga (power) or Battery Teros Weak..
HuHuHu.. Aper bleh wat? aku tido 5 jam jer sebelom Paper tu.. Haish, Jangan tiru mcm saya!! Merbahaya!!..
So, Effect dier.. Aku tido sampai x sedar Hari dah malam.. Habes amal aku.. huhuhu... Lepas 3 Waktu...
X mao dah wat mcm tu.. Nanti Allah tarik mcm2 dari aku nih... So, muhasabah diri ini.....

Ok.. Kenaper Title kat atas tu dier Tulis "En. Rajin & En. Malas"... Haaaaa... ni aku nak bgtau...
Dalam dunia sementara kiter ni kan.. Ader Macam2 sifat yang ade dalam diri kita & nafsu itu sebagai "catalyst"..
Catalyst = Pemangkin!, So.. diperkenalkan semula Sifat Baik n Sifat Buruk.. Aku namakan semula..

Sifat Rajin = En. Rajin & Sifat Malas = En. Malas

Aper yang terjadi semalam... En. Malas ni temankan aku.. Haih.. Semua nyer jadi Bosan..
Jalan2 rasa lesu, So, Tidoo.. Haish.. X baek kot... Then, Nak bukak Buku... X de Mood.. Bukak lappy..
Nak On9 nie... Pergh.. Line BB x elok plak.. Yg Paling Teruk.. Nak pegi surau nie... Haish...
Bukan Maen kuat En. Malas ni cakap!!.. Sudahnyer dalam bilik jer..
Secara kesimpulannya!! Sayyid anda menjadi Sangat MALAS semalam!! Aper nak jadi dgn KAMO ni!!!..
Terase sgt sedeyh disitu.. Kalau Ibu ade mase tu.. Gerenti dier bg Tazkirah Panjang2..
X sambong ngan Abah lagi.. Adeih.. Sejak abah bertambah umur ni.. dah kurg marah2... kat anak dier..
Dier selalu bg Tazkirah jerk.. So.. Sedeyh la dgr diorg cakap... Mao bikin ini EGO jatoh pon ader...
Tapi x per.. itu semua muhasabah!! Ibu N Abah.. Tq Bagi tazkirah panjang2.. Anakanda di sini sentiasa IGT!.

Okayh.. tu semalam.. Hari ni plak... Haaa.. Disebabkan aku diarahkan boss utk bekerja ini hari....
Aku bangun Awal dengan Semangat Yg Kental!! Yeargh.. Janji Dgn Boss Pukul 10 pagi...
En. Rajin Sepak En. Malas utk aku.. Ahahah.. So, Aku terbangun pukul 5.. tggu Subuh jap..
Then, Solat Subuh la dengan jayanya... Tgk Jam mcm lambat.. So, Bc la majalah ni kat Katil..
Dengan Secara sengaja nyer.. Mata Terlelap!! Sekali Bangun... SUBHANALLAH!!!.. 10.15 pagi...
Dengan Kelam-Kabut.. Aku Mandi Sepantas Kilat.. Bukan Mandi Kerbau Tau! Mandi Bersabun...
Lepas tu.. Berlari ke Pejabat HEP dengan PANTAS... Fuuhh.. Tercungap2 dibuatnyer...
Sekali Sampai Kak Yah kater, Haaa.. Bagus dah sampai kita baru nak start... Jom2..
Aku igt aku lambat sekali tepat daa.. SELAMAT.. ahahaha.. So, pergi la masuk dalam bilik tu...
Dengar2 mereka ni bercakap utk jawatan "Pembantu Minggu Destinasi Siswa"...

Selain itu, En. Rajin ni pegi temankan aku pergi Pejabat Kolej... Setelkan itu & Ini..
Dah sampai Pejabat.. Timbalan Pengarah Call.. dia cakap
" Sayyid, Come to my Office ASAP! We need to talk.. There have been new ideas coming out.."
Pasal tu jer.. Dia suruh dtg.. Dengar la aper yg dia cakap.. n aku bagi la pendapat...
Last2.. Okayh.. Next sem sy nak awk & bala tentera jalankan rancangan kita...
I said: "Yes Sir, we Will Set up the Base!!" Maklum la TP ak tu Bekas PALAPES....
Yes! En. Rajin Teman Sampai Skang.. Aku dengan Seronok nyer..
Dapat Membaca IR (International Relation) dengan seronok.. ahahah =D

So, Itu la dia Encik Rajin & Encik Malas! Yang Baik & Yang X Baik..

Ok.. Nak Tambah Membebel Lagi di POST ni.. Eheheh..
Disebabkan Awak selalu bagi lagu Colbie Caillat kat Saya.. Saya dah jatuh CINTA kat lagu dier...
Ok.. Mmg X nafikan.. Lagu dier Seronok n Relaxing n Ade gak Feel Emo..
Habes Dengar 1 Album dier.. Terus masuk My MP3 n My Phone!.. Ahahaha...
So, Nak Ucap Terima Kasih Sangat Kat Awak!... Ahahaha.. =D

Awak.. I dedicated to you this song.. I hope u love it..


Last Word.. Like Always...
I Miss U !!
I Miss My Parent n Udin !!
So, Bye2.. Peace & Terbaek... Ehehehe... =D

Thursday, November 4, 2010

My Wishlist ?

Assalamualaikum... 

Lama sudah tak tulis blog nih, macam2 nak tulis kalau diikutkan hati tapi penat la pulak.. 
Ok!! dalam post yang lepas kan aku ade cakap nak buat "WISH LIST", Oleh itu, hari ini terbuka pintu hati untuk menulis perkara2 yang diinginkan dalam hati dan kepala.. ahahah.. =)

Emh, banyak la jugak perkara2 ni... tapi kita "List" kan dulu erk..

  1. Camera Canon EOS D60
  2. Macbook Air/Pro
  3. Super Desktop Computer
  4. Super-bike / Yamaha 150Z tu ok la.. (X nak Besar Sgt)
  5. Kereta Idaman (Rahsia..)
  6. Black Sweater (Masih Mencari)
  7. Blackberry / HTC
  8. Jam Tangan Tag Huer ( Dulu Kena Curi ), Nak cari peganti...
  9. X-BOX 360 / PS3
  10. Rumah ( Banglo 1 Tingkat )
  11. Tanah / Sawah / Ladang Kelapa Sawit ( Nak Buat Asset )
  12. Belajar sampai peringkat PHD (InsyaAllah)..
  13. Kerja dengan Duta-Duta
  14. Melancong ke luar negara ( Nak tgk budaya & Sejarah diorg )
  15. Isteri yang Solehah
  16. Anak2 yang soleh & solehah ( x kisah sikit ke ramai )
  17. Pergi Buat Haji dengan Isteri tercinta..

Setakat ni 17 yang paling utama, yang lain x difikirkan lagi dalam kepala.. ehehehe.. =)
Sekali tengok balik, Fuhh.. Barang nak Branded jer... Tapi tu semua still kena usaha.. Banyak lagi cabaran kat depan ni... penuh dengan rintangan dan halangan.. Kena lompat semua tu dulu baru boleh dapat apa yang kita nak..
Hurm... Lagipun, setiap wish tu ade minat kita yang tersendiri..Contohnyer,  aku suka tangkap gambar.. bila aku rasa nak tangkap.. aku akan tangkap gambar tu secantik yang mungkin.. mcm scenery, benda yang sering berlaku sekeliling.. Ade one time tu feel rugi sangat cause x dapat tangkap moment that are very precious.. Hish.. sayangnyer la.. tapi, x per la.. maybe next time dapat simpan kot.. eheheh.. =)

Emh, bila kita minx isteri solehah.. First sekali, kita mestilah tunaikan tanggungjawab kita dulu kemudian usaha, kita doa.. Kita solat.. Mcm2 la.. bila dah dapat, insyaAllah.. dapat bina sebuah keluarga yang bahagia dapat anak2 yang soleh & Solehah lepas tu boleh la kongsi dengan ibu n abah.. Diorang pun dapat cucu yang baik2.. So, still Cuba cari calon tu, mungkin dah jumpa insyaAllah.. cuma berharap pada Allah S.W.T untuk buka pintu hati dia.. Eheheh.. =)  (ngada2 betol sayyid ni) aper la nak jadi...?,

Bila belajar ni kan.. macam2 kita dapat.. ilmu.. pengalaman.. sehinggakan takut dengan perkara yang kita tahu ni.. Contoh, Rahsia diri kita, kawan dan lain2 la... banyak sangat sampaikan rasa x nak tahu benda atau perkara tu.. yer la, Manusia ni ade baik & Buruk... Ade la batas2 perkara yang yang kita perlu patuhi.. kalau kita langgar... macam2 la perkara yang terjadi..

Ok!, buat mase ni.. saya nak usaha untuk mendapatkan Camera Canon EOS D60 & Macbook Pro ni dulu.. ahahah... Excited nyer la.. Tapi x per semangat untuk capai tu kena ada!! Meh kita tgk Gambar impian Si Sayyid ni erk.. Ehehehe...



Canon EOS D60
MacBook Pro


Yearp, itu la benda yang saya nak usahakan dulu... ahahaha... Yang lain tu, InsyaAllah sambil kita usaha dapat dikerjakan sekali.. ehehehe... Dah banyak sangat membebel ni... Haih..

Exam x habes lagi.. still on going.. So, Wish me luck k..
Ibu & Abah, i try untuk my exam sehabes yang mungkin...
Then, to my only special one.. I will do All My Best & btw, Make sure Ur day Full of Happiness!! =)

So, bye2.. See you all on next post..

My BloG PicTure!

My BloG PicTure!