@DOMO-PRINCIPLE@

People Change, Time's Change, And it Will Always Keep Changing.. As the fact, Every Living Things In This Earth Change.. It's Nature!!

Wednesday, December 1, 2010

My Holiday

As Salam...

Dah lame x tulis blog... rindu sebenarnyer.. huhuhu...
Rase mcm nak post byk2 jer.. tp x sempat la... sbb nyer kat rumah x de internet...
Haih.. Mampu mengeluh jer la.. Aper bleh buat..
Dalam kepala ni nak tulis macam2... Nak cakap mcm2...
tapi x per la.. tulis dalam jurnal la nampaknyer...

Ok.. My Holiday.. What are u expected? ehehee....
Jalan2 cari makan?, cari pasal?. Duduk Rumah?, Buang Masa?, Aper lagi erk?... Eheheh...
Semua tu kan.. x sempat nak buat... Maklum la...
Kawan2 cakap aku ni sibuk jer la.. bz memanjang.. Sometime rase sedeh pon ade gak..
Haih... Dulu kat sekolah pon sibuk jugak.. Biler masuk Universiti pon sibuk lagi..
Bila sampai rumah pon sibuk... Perkataan "SIBUK" & "BUSY"
Selalu bermain di mulut rakan2...

Wahai kawan2.. saye x tau la nak buat macam mana... benda tu datang dengan sendiri...
lagipon, my best kazen bgtau.. jgn pikir sgt org laen tu.. diorg x kan faham kesibukan kita...
So, ak dengar nasihat bernas dier tu.. Yearp.. Kesibukan kita..
Saya anak Sulung, The Eldest Son in the family.. it my responsibility to take care of my family...
Biler kita dah besarkan, tanggungjawab pon  makin besar.. Nak fikir yang kat sane & sini...
Fuuhhh.. Letih, tapi x pernah la mengeluh ngan saper2.. 
Sbbnyer.. dah mmg responsibiliy kita kan.. Kebaikan kita..

Biler Kat U.. Ak sibuk dengan aktiviti, persatuan, sumbangan... 
Kat Rumah.. Ak sibuk urus keluarga.. Rumah, & macam...
My Work Never Stop.. There are always have work at anyplace i go...
Bukan Giler Kuasa K.. Ahahaha....

- Gambar Hiasan-

Aku Sangat berterima kasih kepada Keluargaku, My Kazen, n Also My Dearest one...
Terima kasih kerana Faham dengan keadaan saya yang x menentu nih...
Sometime rase takut memikirkan perkara ni tapi bila ade support dari mereka ni..
Kita menjadi lebih bersemangat.. Feel Energetic..

Nak tulis Banyak2 lagi.. eheheh.. lepaskan gian x berblogging dekat sebulan..
Semalam pegi service kereta Nissan Abah yg baru tuh.. fuuhh.. Lamer sangat.. 4 jam..
Last keluar cari teksi pegi Jusco Bukit Raja.. Ehehe... tgk cerita Skyline..
Sedeh cerita tu sangat-sangat MEMBOSANKAN... Haih, siaper la tulis skrip ngan plot tu..
Rase mcm nak koyak jerk.. Ehehehe.. Serius x menarik, plot lambat, ending x logik...
then, pegi kedai buku... kat situ ade 2 Book Store.. MPH & Popular
pegi MPH dulu tgk2... jalan2.. disebabkan Kecik.. X banyak buku yg menarik la...
so, pegi jiran dia Popular tu.. Besar.. Excited sikit.. ehehe.. so, ak ngan kazen ni belek2 la byk buku....

Sebenarnyer nak mencari buku bertajuk "Malaysian Maverick".. 
Dah jumpa tapi mahal sangat.. RM 100.00.. dalam poket ader RM 80.00 jerk..
Adeih.. Dia mahal sebab Kulit buku dier tu.. Hish!... Melepas la...
Then, jalan2... belek2.. Nampak Buku "Islam in Malaysia: Perception n Facts"
Menarik, and karya Dr. Asri Zainul Abidin.. My Favourite Scholar.. Ehehe..
nak bace dalam dier tapi berplastik la plak... sinopsis dier nampak laen..
dengan hati yg gembira aku pun beli la... 

Buku "Malaysian Maverik"

Sambil2 tunggu Teksi nak sampai.. ambek peluang baca buku tu.. Sekali...
content dier samer macam Buku dier yg Malay "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda"
Beza nyer, dier in English.. Adeih.. X per la.. bace balek kasi faham bleh improve English.. ehehe...
Seronok lepak kedai buku nih.. 

Btw, aku tulis post ni mase tgh tunggu mak sayer ni habes meeting kat DBP..
DBP tu aper? Haaa.. Saper x tau.. ni aku bgtau..
DBP ( Dewan Bahasa & Pustaka ), Salah satu pengeluar buku n penterjemah buku di Malaysia..
Tunjang kepada Bahasa Melayu & Sastera.. Penegak & Penggerak Bahasa Melayu..

Pejabat Dewan Bahasa & Pustaka

Yearp, kat sini la sayer berada semasa tulis post ni.. ehehehe.. 
Habes jer kerja ni.. kena la wat kerja laen..
Kejer aper?.. Ehehe.. Ni kerja dier.. =D

Balik Rumah Nenek.. Buat Wiring, Piping, n Set up tempat masak 
sebab ade kenduri anak sedara baru lepas sunat,
Then, Balik rumah check barang kat rumah, kena kemas2... Sedara nak tido kat rumah...
Esk nyer... Kemas Rumah Nenek plak, tlg nenek beli barang2 nak rewang..
Ambek daging lembu n basuh n macam2 la..
Lusanyer...
Kenduri start ler.. Aku la kena running kenduri tu.. Fuuh!!... Org Kampong...
Ehehe.. tu sbb suka jd org kampong.. ehehe..
=D

Malam tadi, dpt on9.. So dpt la chat ngan my special one..
bgtau dier ade kenduri.. x habes tulis lagi kenduri sunat.. dier dah post kenduri kawen..
ak pon ketawa & tersengeh dalam diam.. ehehe..
Yer la.. cita-cita nak kawen dengan dier kan.. So, Sayyid... Tolong Besabar erk...
lagi 4 tahun jer lagi.. nanti dia dah balek Malaysia.. baru la wat ikatan erk..
nanti sama2 bahagia.. =)

Skang ni x rindu family.. cause dah dekat.. ehehe..
Rindu sangat dengan Bulan & Bintang.. Asyik menyorok jer.. Hish....
So, Rindu kat awak sorg jer la.. Ehehe.. Sangat2 rindu..

Bye2 n As Salam
Peace..!!

Friday, November 12, 2010

Future Generation...

Assalamualaikum...

Post untuk hari ini kita jadi formal sedikit.. Ahahah.. =)

1. Untuk makluman, saya merupakan seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah institusi pengajian tinggi yang merupakan sebuah Universiti Bumiputra yang terkenal iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), di cawangan Terengganu. Setelah setahun saya menjadi MPP, pelbagai ilmu dan pengalaman telah saya hadapi dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Setelah bersusah payah membetulkan haluan dan pembangunan sosial dalam UiTM ini, seseorang itu mesti akan berpuas hati dengan kerjanya dan akan sentiasa melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Ini kerana, mereka ingin menyediakan satu suasana yang lebih baik untuk generasi masa hadapan seperti seorang saintis yang mencipta pelbagai teknologi untuk membantu manusia.

2. Tetapi, setiap perkara dan benda yang hidup itu hanya mempunyai masa yang pendek sahaja dan itu semua bergantung kepada Allah S.W.T sama ada hayat kita di dunia ini panjang atau pendek. Saya aplikasikan pada diri saya dimana, apabila jawatan saya sebagai MPP hanyalah setahun sahaja, dan saya merasa risau beberapa perkara yang bermain di dalam fikiran saya. Ini disebabkan saya akan meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada orang yang lebih sesuai untuk memimpin pelajar-pelajar di Universiti ini. Sebenarnya, perkara ini yang membimbangkan saya dan rakan-rakan seperjuangan saya. Adakah mereka sesuai? Adakah mereka berkemampuan? Adakah mereka itu orang yang berfikiran matang?.

3. Di sini, timbul persoalan generasi masa hadapan yang akan menggantikan tempat kita untuk meneruskan perjuangan yang telah kita perjuangkan. Saya dan rakan-rakan telah melihat situasi dan karenah pelajar-pelajar yang berlaku di dalam Institusi ini. Bukan untuk menjatuhkan martabat atau maruah orang melayu, tetapi kita perlu disedarkan dengan pelbagai perkara. Oleh itu, saya ingin memberi peringatan pada saya sendiri dan anda semua. Gejala sosial yang berlaku di kalamgan orang melayu amatlah merisaukan, di dada akhbar, internet, di ruang sosial, malah di perkatakan oleh orang ramai. Jadi, di mana pendirian kita untuk memilih calon yang sesuai untuk meneraju negara?. Adakah seorang calon yang tidak mempunyai nilai-nilai murni itu kita jadikan pemimpin?. Nescaya, negara itu akan musnah kerana sifat tirani yang menyusahkan rakyat malah ekonomi negara.

4. Generasi masa hadapan merupakan suatu aset yang penting dan perlu dibentuk dari lahir lagi. Seperti pepatah melayu mengatakan " Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya ". Mendidik seseorang itu menjadi insan yang berilmu dan beradab mestilah diasuh dari sejak kecil lagi. Oleh itu, pada zaman ini saya melihat manusia mementingkan pencapaian dari pembangunan insan seseorang. Kurangnya pengetahuan sejarah, dan pembentukan negara, selain itu, kita orang melayu merupakan beragama Islam perlu memberi bimbingan dan pemahaman agama islam itu sendiri kepada anak-anak dan adik-adik kita. Ini kerana agama Islam merupakan agama Allah S.W.T dan dalam islam itu sendiri bersifat seimbang ( Dunia & Duniawi). Saya bukanlah seorang ustaz malah seorang ilmuan, tetapi saya bercakap demi agama saya sendiri. Jadi, bila kita lihat kembali dengan realiti yang berlaku sekarang alangkah sedihnya hati saya dan hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu kesedihan hati saya melihat bangsa saya menjadi tidak beradab dan lupa pada akarnya.

-Gambar Hiasan-

5. Oleh itu, saya dan rakan-rakan percaya ada generasi yang lebih baik dari kami untuk meneruskan perjuangan kami disini malah lebih baik lagi dari kami. Saya juga berpendapat, mungkin beginilah rasanya fikiran seorang pemimpin yang ingin mengundurkan diri, tetapi saya tertanya bagaimana Tun Dr. Mahathir berfikir apabila beliau ingin melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri?. Betapa beratnya melepaskan sesuatu jawatan itu walaupun pada mulanya kita tidak mahu akan jawatan itu. Disebabkan hati yang ikhlas, kita dapat memegang jawatan yang berat dan beban di bahu kita. Baik dan buruk biarlah Malaikat di bahu kita tentukan, tetapi kita mestilah melakukan sesuatu perkara dengan sifat yang mahmudah, maka, kamu sekalian beringatlah dan jangan sekali-kali kamu pandang rendah pada seorang pemimpin itu. Sebaliknya, kamu bantu mereka memimpin sekali untuk mencapai satu kejayaan.

Perdana Menteri Malaysia, - Gambar Hiasan -
6. Secara kesimpulannya, pembentukan generasi masa hadapan perlu kita titik-beratkan dari mereka sejak kecil lagi. Mereka ini perlu didedahkan dengan pegetahuan sejarah dan agama untuk membentuk mereka menjadi seorang insan yang beradab. Dan, saya juga ingin memberi peringatan, janganlah kita terlalu mementingkan pencapaian kita dan adik-adik kita, tapi kita seimbangkan dengan pembangunan insan. Apabila, perkara ini seimbang maka lahirlah seorang insan yang berilmu, berfikiran matang, malah beradab dan merupakan calon untuk menyambung perjuangan generasi lama.

p/s : saya memohon maaf sekiranya pendapat saya ini menyinggung perasaan mana pembaca dan ini merupakan pendapat saya dari pembacaan pelbagai artikel dan rujukan saya sendiri. 

okay.. InsyaAllah, saya akan menmbah sebuah blog hanya untuk meluahkan pendapat saya ini..
Usaha untuk membuat blog telah berjalan, oleh itu, tunggu kemuncula dier erk.. Ahahahah.. =D

This post i dedicated to all of you;-

My Family,
My Friends &,
My One & Only.....

See You on Next Post!... =D

My BloG PicTure!

My BloG PicTure!